Okey dah lama tak update kan.. busy punya pasal lah . kerja punya pasal.(macam lah keje berat sangat)jaga koperasi je pun .. macam berniaga..banyak untung ma...okey berbalik pada tajuk kat atas tu..SPM?hm..tanda-tanda takot punya pasal nak amik result SPM .. ada mimpi lah , tak boleh tido malam lah , macam-macam simptom ada .. pasti semua budak yang tengah tunggu result SPM ni ada alami macam apa yang aku kena ni..setiap kali ada peperiksaan besar mesti ada je simptom ni datang menjengah diri ni.Agak-agak aku dapat berape lah result kan ? Hanya tawakal kepada Allah , dah usaha so hanya berserah kepada Allah je lah sekarang .. bak kata nenek aku , "buat apa nak takut-takut kita dah cuba buat yang terbaik kan "
semua tanya bila result keluar?bila tanya mesti dia selitkan target berapa?trial dapat berapa?ish...asal tanya je ,aku yang tak tentu arah terus terfikir kan ... jangan terlampau fikir lah kang tak dapat apa yang kau target , susah plak ..aku target berapa ? biarlah aku sorang yang tahu.. hanya aku dan Allah sahaja yang tahu... tapi kan kalau mase result keluar nanti , result kita tak capai macam apa yang kita target jangan kecewa or apa-apa lah , rezeki masing-masing kita tak tahu...semua mesti nak yang terbaik kan .. nak bangga kan mak ayah .. nak capai cita-cita kita tu bukan mudah ... mungkin result kita tak tinggi tapi kita ada kelebihan yang Allah dah beri kat dia dari segi lain...mungkin kita berjaya kat universiti..
okay.. cikgu aku pernah pesan , kalau kita nak berjaya kita kena jaga hubungan dengan Allah .. thats the important things to achieve your dream.. kalau kita tak jaga hubungan dengan Allah , macam mana Allah nak bagi sesuatu sedangkan kita mungkar..apa yang diperintahkan kita tak buat .. boleh ke macam tu ?
dah terbukti pun .. kebanyakan manusia ni berjaya ..kerana mereka menjaga hubungan dengan Allah..then dia buat perkara yang berfaedah kepada dirinya ...
okey lah sampai tu jelah ..dah penat woii...