12 January 2014

CHOCOLATE CAKE KUKUS

okey hari ni cuti lah ,tak kerja so aku nak kongsi resepi lah ,resepi yang senang punya lah,mak mak kat luar sana tu mesti tahu buat punya,ni aku anak dara nak kongsi sikit resepi sekadar nak berkongsi ilmu je apa salah nya kan ... tak salah pun , kalau nak try boleh lha cuba buat nanti
BAHAN-BAHAN
2 Cawan tepung gandum
Setengah cawan serbuk koko
Secawan minyak masak
2 1/2 Sudu soda bikarbonat
2 Biji telur
Sekotak susu coklat Dutch Lady
CARA-CARA
1.Pukul telur sehingga sebati,dan menjadi kekuningan(aku guna mixer je)
2.Ayak tepung gandum,serbuk koko dan soda bikarbonat di dalam bekas berasingan
3.Masukkan adunan yang di ayak tadi ke dalam mixer yang berisi telur tadi
4.Seterusnya,masukkan susu coklat ke dalam mixer itu jugak,then masukkan minyak
5.Panaskan periuk kukus, masukkan adunan ke dalam loyang 
6.then,masukkan loyang ke dalam periuk kukus masak selama 1 jam
okay siap!

11 January 2014

PEACH COBBLER


Alhamdulillah setelah lama tidak berceloteh kat sini,akhirnya dapat jgk tulis kat blog,dah bertahun lama aku tak bukak blog ni.Tetiba je teringat nak berblog balik lha.Okey back to the title,aku nak kongsi resepi sikit.Aku dapat resepi ni kat dalam novel Hlovate.So nanti korang boleh lha try.Just nak berkongsi sahaja.

BAHAN-BAHAN

Secawan tepung gandum
Secawan gula halus
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
250g mentega
Secawan susu segar(susu sejat pun boleh jgk)
1 tin buah peach
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu gula

CARA-CARA

1.Cairkan mentega di dalam bekas atau loyang dalam oven dengan suu 190 darjah celcius
2.Adunkan tepung gandum,gula,soda bikarbonat di dalam bekas yang berasingan.
3.Masukkan susu segar pada adun tadi dan gaul sehingga sebati dan tidak berketul-ketul
4.Tuang adunan ke dalam bekas yang berisi mentega yang telah cair tadi
5.Susun buah peach di atas adunan tadi
6.Taburkan serbuk kayu manis dan gula di atas adunan tadi
7.Bakar dalam oven pada suhu 175-190 darjah celcius selama 45 minit-1 jam sehingga warna keperangan




Okey dah siap . Boleh makan terus , makan masa panas-panas sedap ... Selamat Mencuba !


03 January 2014

SPM AND FUTURE


Hmm,semakin hari semakin dekat tarikh keputusan SPM nak keluar.Makin tak tentu arah duduk rumah.Asal duduk je,mesti teringat SPM,mampu ke aku dapat keputusan yang cemelang.Memandangkan exam yang aku buat tu ada susah ada senang,apapun aku dah berusaha bersungguh-sungguh masa nak exam..sekarang hanya berserah kepada Allah dan banyak kan berdoa . 

If result my SPM okey ,mungkin aku dapat apa yang aku idamkan itu ,If result kuarang okey,aku takkan berputu asa hanya kerana aku main-main mase belajar,sekurang-kurangnya aku minat nak belajar walau apa cara sekalipun . Bagi aku menuntut ilmu tu wajib selagi aku masih hidup di dunia ni . dan ilmu yang aku dapat tu untuk bekalan akhirat .

Berbalik pada future , aku sebenarnya nak sambung belajar ke luar negara , itu adalah impian aku .. sekiranya aku tak dapat , takpe aku boleh sambung belajar kat dalam negara aku jgk iaitu Malaysia.negara tanah air tercinta.Aku sebenarnya nak jadi DOKTOR ,macam-macam aku fikir kenapa aku nak jadi doktor.Akhirnya aku dapat jawapan tu,byk sebab kenapa aku nak jadi doktor.Ye,memang doktor bidang yang kritikal dalam Malaysia ,tapi itu tak menghalang aku untuk membantu pesakit-pesakit kat hospital tu .Selain itu,menjadi doktor tu akan mendekatkan diri aku dengan Allah .

okey apa aku dah melalut pun aku tak tahu,actually aku pun tak tahu nak tulis apa niy..hahaha
kemasukan ke universiti pun nak bkak akhir bulan ni.so aku mesti tahu course apa yang aku nak.Bila aku fikir balik aku nak amik Asasi/Matrikulasi then lepas tu terus masuk u amik degree .. aku nak belajar sampai Master baru boleh fikir pasal kahwin okey!selagi tak abis belajar jangan nak gatal-gatal kahwin.kalau ye pun ada orang nak pun ,suruh dia tunggu lah sampai habis belajar.

okey dah sampai situ je lh eh ,, penat sudah ni ... 

01 January 2014

TAHUN BARU 2014

Alhamdulillah kita dah pun melangkah masuk tahun baru iaitu tahun 2014..tahun baru mesti lha semangat baru,umur pun meningkat.
what ?? bangun je pagi tadi terus tanya diri sendiri,hari ni berape hari bulan eh ?lha 1 Januari 2014 lha .
Maksudnya secara umumnya aku dah 18 tahun.cepat betul masa berlalu.pejam celik pejam celik aku dah habis sesi persekolahan..hm,sedih sebab tak puas bersekolah lagi ni.Kang tak pasal-pasal rindu semua masa zaman sekolah.Apapun aku terima yang aku ni dah besar,hahaha...

Okey memandang kan tahun baru so mesti ada azam baru kan .
ini azam aku ....

1.Cuba untuk meneruskan azam tahun-tahun lepas yang tak tercapai tu
2.Berusaha untuk solat sepenuhnya tanpa tertinggal satu pun
3.Berusaha untuk berjaya di dunia dan akhirat
4.Sentiasa memulakan sesuatu perkara dengan mengingati Allah
5.Teruskan niat untuk mencari ilmu selagi masih hidup
6.Banggakan mak dan ayah 
7.Hwaiting untuk capai impian yang diidamkan

Okey aku rasa tu je kot.Apapun aku nak cuba jadi muslimah yang sejati di mata Allah.Biarlah apa yang manusia nak kata.aku tak peduli.Kita hamba Allah cuba untuk mencari keredhaan nya.InsyaAllah satu hari nanti !