01 January 2014

TAHUN BARU 2014

Alhamdulillah kita dah pun melangkah masuk tahun baru iaitu tahun 2014..tahun baru mesti lha semangat baru,umur pun meningkat.
what ?? bangun je pagi tadi terus tanya diri sendiri,hari ni berape hari bulan eh ?lha 1 Januari 2014 lha .
Maksudnya secara umumnya aku dah 18 tahun.cepat betul masa berlalu.pejam celik pejam celik aku dah habis sesi persekolahan..hm,sedih sebab tak puas bersekolah lagi ni.Kang tak pasal-pasal rindu semua masa zaman sekolah.Apapun aku terima yang aku ni dah besar,hahaha...

Okey memandang kan tahun baru so mesti ada azam baru kan .
ini azam aku ....

1.Cuba untuk meneruskan azam tahun-tahun lepas yang tak tercapai tu
2.Berusaha untuk solat sepenuhnya tanpa tertinggal satu pun
3.Berusaha untuk berjaya di dunia dan akhirat
4.Sentiasa memulakan sesuatu perkara dengan mengingati Allah
5.Teruskan niat untuk mencari ilmu selagi masih hidup
6.Banggakan mak dan ayah 
7.Hwaiting untuk capai impian yang diidamkan

Okey aku rasa tu je kot.Apapun aku nak cuba jadi muslimah yang sejati di mata Allah.Biarlah apa yang manusia nak kata.aku tak peduli.Kita hamba Allah cuba untuk mencari keredhaan nya.InsyaAllah satu hari nanti !

No comments:

Post a Comment