11 January 2014

PEACH COBBLER


Alhamdulillah setelah lama tidak berceloteh kat sini,akhirnya dapat jgk tulis kat blog,dah bertahun lama aku tak bukak blog ni.Tetiba je teringat nak berblog balik lha.Okey back to the title,aku nak kongsi resepi sikit.Aku dapat resepi ni kat dalam novel Hlovate.So nanti korang boleh lha try.Just nak berkongsi sahaja.

BAHAN-BAHAN

Secawan tepung gandum
Secawan gula halus
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
250g mentega
Secawan susu segar(susu sejat pun boleh jgk)
1 tin buah peach
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu gula

CARA-CARA

1.Cairkan mentega di dalam bekas atau loyang dalam oven dengan suu 190 darjah celcius
2.Adunkan tepung gandum,gula,soda bikarbonat di dalam bekas yang berasingan.
3.Masukkan susu segar pada adun tadi dan gaul sehingga sebati dan tidak berketul-ketul
4.Tuang adunan ke dalam bekas yang berisi mentega yang telah cair tadi
5.Susun buah peach di atas adunan tadi
6.Taburkan serbuk kayu manis dan gula di atas adunan tadi
7.Bakar dalam oven pada suhu 175-190 darjah celcius selama 45 minit-1 jam sehingga warna keperangan




Okey dah siap . Boleh makan terus , makan masa panas-panas sedap ... Selamat Mencuba !


No comments:

Post a Comment